Tanggungjawab Aku Sebagai Seorang Pelajar Tuesday, October 17, 2006

Tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar adalah sebuah topik yang agak dekat di hatiku. Dalam penulisan ini, ingin aku mendefinasikan erti seorang pelajar iaitu seseorang yang pergi ke sekolah.

Aku amat bersyukur kerana diberi peluang untuk pergi ke sekolah dan menimba ilmu pengetahuan. Menimba ilmu adalah satu ibadah and ia amat penting untuk masa hadapan ku. Bahkan, sebagai seorang Islam, Nabi Muhammad pernah bersabda, ‘Carilah ilmu hingga ke negeri China’. Dari itu, aku harus menghargai peluang keemasan ini kerana ada ramai kanak-kanak di dunia yang tidak berpeluang ke sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan.

Tanggungjawab disini ialah sifat bertanggungjawab yang harus ada pada diriku sendiri sebagai seorang pelajar. Seseorang pelajar belajar adalah untuk dirinya sendiri. Belajar dapat menyiapkan aku untuk ujian atau peperiksaan. Setelah belajar, aku boleh lebih memahami apa yang telah diajarkan oleh guruku di dalam kelas.

Aku juga harus menyayangi diri ku sendiri. Jika aku bersyukur akan keadaan diri ku, aku akan lebih melaksanakan tugas seharianku dengan bertanggungjawab. Sifat bertanggungjawab akan mendatangkan banyak keuntungan.

Sebagai seorang pelajar, aku harus sentiasa mengulangkaji pelajaranku. Mengulangkaji pelajaran akan lebih menyiapkan aku untuk menduduki peperiksaan. Dengan berbuat demikian, aku boleh meraih markah yang lebih baik dalam peperiksaanku. Bukan itu sahaja, bahkan apabila guru sedang mengajar didalam kelas, aku harus memberi tumpuan sepenuhnya supaya aku dapat memahami apa yang ingin disampaikan atau diajarkan oleh guru kepada ku. Lantas, aku tidak akan tercundang di dalam pelajaran.

Aku juga harus melaksanakan semua kerja rumah yang telah ditugaskan oleh guru kepada ku. Menyelesaikan kerja rumah adalah satu cara untuk aku mengetahui berapa banyak pelajaran yang telah aku fahami. Melakuan kerja rumah adalah sangat penting kerana ia mempersiapkan aku untuk peperiksaan. Jika aku tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan kerja rumah, ia menjadi tanggungjawab aku untuk mendapatkan jalan bagi menyelesaikan kerja rumah tersebut. Antara caranya ialah, aku boleh bertanya kepada guru atau rakan-rakan sekolah. Aku harus akur akan arahan yang diberikan oleh guru. Jika guru mengarah aku untuk melakukan sesuatu tugas, ia adalah untuk kebaikanku sendiri.

Selain dari apa yang tercatit diatas, sebagi seorang pelajar, aku harus mematuhi undang-undang di sekolah. Undang-undang di sekolah telah dilakarkan atas dasar supaya penuntut-penuntut di sekolah dapat menjadi insan yang berakhlak. Antara peraturan-peraturan yang dikenakan di sekolah ialah datang ke sekolah tepat pada waktunya. Ini dapat mendisiplinkan diriku untuk tidak membuang masa dan hadir ke sekolah pada waktu yang telah ditetapkan. Aku pasti akan menghargai masa yang ada pada ku. Ini akan mendatangkan kebaikan buat diriku, pada masa panjang kerana aku akan tiba ke tempat kerja atau perjanjian tepat pada masanya. Ini akan menyenangkan kesemua pihak kerana masa itu emas.

Aku juga harus menjaga kebersihan sekolahku dan alam sekeliling. Sudah menjadi lumrah manusia bahawa kami sukakan kebersihan lebih dari kekotoran. Aku memainkan peranan untuk memastikan bahawa aku tidak mengotori sekolahku dan harus mempunyai sifat bertimbang-rasa. Misalan, jika aku ternampak sampah yang telah dibuang sembarangan, aku patut memungut sampah itu dan membuangnya ke dalam tong sampah. Ini dapat menguntungkan penuntut-penuntut di sekolah kerana kami semua dapat menikmati suasana yang terbaik untuk belajar. Ia menjadi lebih tenang untuk belajar dalam suasana yang selesa dan bersih.

Sebagai seorang pelajar, aku harus menjaga nama sekolahku. Sekolah adalah tempat dimana aku dapat menimba ilmu dan sekolahlah yang telah berjasa kepadaku kerana telah memberi yang terbaik kepadaku. Untuk menghargai sumbangan yang telah dberikan oleh sekolahku, sekurang-kurangnya aku harus menjaga baik nama sekolahku. Aku tidak sepatutnya melakukan perkara yang boleh merosakkan imej sekolah ku. Jika aku memiliki kebolehan yang terserlah, aku boleh membuat sesuatu untuk mengharumkan nama sekolahku.

Aku juga harus prihatin terhadap keadaan sekelilingku. Jika seseorang memerlukan bantuan, aku harus dengan rela hati menghulurkan bantuan. Ini adalah sifat yang mulia yang harus aku sematkan dalam jati diri ku.

Akhir sekali, sebagai seorang pelajar, aku harus mendisiplinkan diriku untuk melaksanakan semua tanggungjawabku dengan sempurna. Ia tidak mudah, tetapi aku yakin bahawa aku boleh mencapainya. Bak pepatah Melayu mengatakan, ‘Alah bisa tengal biasa’. Tambahan pula jika ada kemahuan, pasti akan ada jalan. Lagipun, kalau hendak seribu daya, kalau tidak mahu seribu dalih. Aku tidak mahu menjadi insan yang rugi.

rashidah umph's story told @7:14 PM

tagbox

Profile

Hi. I am the stone who lives near the lampost. I am given 20cents a day to not throw myself into the light. Have i told you i am gay? =D

Hehe. Gurau-gurau saja lah. Yang betul di bawah.

Rashidah Binte Zulkifli
M07308
203
M05103
h0510128

Links

cikgu
asmidah
carmen
irsyad
hafizah
hanisah
link
link
link

credits

IAMTHEillusioNATION